Tentang itu dan ini
Selamat Hari raya Aidilfitri sekali lagi. Syawal kan sebulan, bersamaan dengan 30 hari, tidak salah mengucapkannya dalam tempoh sebulan ini.
Tentang Itu
Pada 28 Ramadhan yang lalu, dapat 2 buah buku daripada Fadz. Terima kasih, mahal penghantaran ke Brunei. Belum habis membaca buku-buku itu. Sibuk dengan persiapan Hari Raya. Aku memang selalu membaca novel-novel melayu, terutama sekali novel hasil tulisan Norhayati Berahim. Novelnya tentu saja berkisar tentang percintaan. Aku memang suka membaca novel sebegini rupa. Novel sebegini memang senang di fahami, struktur ayat yang mudah dan senang, menjadikan kita membacanya tanpa henti. Aku juga tidak begitu memerlukan 'full concentration'. Lain pula halnya dengan buka yang baru di kirimkan itu. Aku baru setengah jalan membaca novel Aksioma Ain. Baru di muka pertama, aku sudah terhenti. 'Wah! Perkataan-perkataan yang digunakan memang jarang ku dengar, malah ada yang aku tidak pernah dengar langsung'. Membaca novel ini memerlukan satu dedikasi dan konsentrasi yang sepenuhnya. Aku perlu memahami setiap ayat-ayat yang di tulis. Aku rasa aku perlu Kamus Dewan di sebelahku apabila membaca.
Membaca novel sebegitu rupa, mengingatkan aku kepada Anne Rice. Setiap kali aku membaca novel Anne Rice, aku mesti memerlukan dedikasi dan konsntrasi sepenuhnya. Novel-novel Anne Rice sering menggunakan perkataan-perkataan yang baru dan ayat-ayat yang panjang yang kadangkala memerlukan aku membaca sesuatu ayat itu berulang kali supaya aku lebih memahami apa yang di sampaikan.
Aku memang dari dulu lagi suka menulis cerita pendek atau cerpen. Selalunya cerpen hasil tulisanku lebih berkisar tentang cinta dan keluarga. satu tema yang sering di pakai. Baru-baru ini timbul pula ide dan keinginan untuk menulis sesuatu yang berbeza dari apa yang selalu ku tulis. Aku ingin menulis tentang orang, tentang pencarian, tentang kehilangan, tentang segalanya. Tetapi dari satu perspektif yang berbeza. Aku pun sudah muak dengan tulisanku yang hampir sama dalam setiap cerpenku. Untuk mendapati apa yang aku mahu, aku perlu membuat seuatu, aku perlu 'determination', aku perlu keinginan yang kuat dan ide yang bernas. bukankah?
Tentang Ini
Baru-baru ini, filem Gubra di tayangkan di Astro Ria. Aku sudah pernah menontonnya dari VCD. Ada juga scene yang di potong di Astro Ria. Sewaktu menonton, aku bertanya kepada tunang kakakku yang merupakan seorang pemegang sarjana muda Syariah dan bekerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Masjid, Apa hukum memegang anjing. Katanya Tidak ada hukum, cuma perlu di samak. Ianya Najis. Aku bertanya lagi tentang kata orang bila basah dan kering. Jawabnya lagi, itu hanya berlaku di negara bercuaca panas. Bukan di sini. Aku bertanya lagi, jadi bilakah ianya haram? Jawabnya, kalau kau memakan daging Anjing, baru haram. Aku kaget, maksudnya aku boleh memegang babi? Jawabnya, ya, kalau sekadar seperti 'scene' dalam Gubra yang menyelamatkan anjing, cuma perlu di samak. Wah. Aku belajar benda baru di Hari Raya ini.
Aku memang tidak suka iklan. Menyemak kaca TV saja. Di waktu ini aku amat benci iklan bersopan santun yang entah apa-apa. Alah, yang si bapa marah-marah kepada pemandu kereta di depannya, si ibu menasihatkan dan si anak malu kerana yang bapanya marah-marahkan itu adalah kawannya yang bapanya guru di sekolahnya. Akhirnya si bapa meminta maaf. Aku teramatlah membenci iklan itu. Langsung tidak ada menimbulkan kesedaran.
Baru-baru ini juga, ada satu iklan yang begitu menyayat hati. Hatiku sungguh tersentuh. Kalau aku tidak silap, iklan petronas. Alah, yang si atuk sakit dan si anak menjaganya. Aku paling tersentuh apabila si atuk makan di luar dan mangkuk yang di gunakannya sama dengan mangkukk kucing. Alahai. 2 kali aku menonton iklan itu, kedua-dua kalinya juga aku menitikkan air mata. Memang menimbulkan kesedaran.. Selepas itu, iklan itu ada di potong sedikit. Apabila di potong, kurang sikit perasaan tersentuh itu. Marah pula kepada yang memotong itu. Iklan itu, as a whole memang menyentuh perasaan. Timbul kesedaran tatkala menontonnya. Apabila di potong sedemikian rupa, apa motif iklan itu? Benci aku.
Tentang itu dan tentang ini. Alahai.