Thursday, November 30, 2006

Bila aku membaca

Sudah agak lama juga aku tidak mem'post' apa-apa. sibuk dan fikiran bercelaru, menjadikan ide mati begitu saja. Banyak sangat rancangan yang hendak di buat, tetapi satu pun tidak terlaksana. alah, biasalah, manusia. Memang suka merancang itu ini. alih-alih, lancang di mulut saja.

Baru-baru ini kakakku meminjamkanku novel Aisya Sofea, Adam & Hawa (atau sebaliknya-aku kurang pasti). Dari aku bangun pada pagi ahad itu sehingga tengah hari, aku khusyuk membacanya. Sambil makan tengah hari pun tanganku masih sempat membelek-belek novel itu. Mata pula bengkak semacam saja.

Apa beza novel itu dari novel cinta yang pernah ku baca? tiada beza. semuanya hampir sama. Tetapi, Aisya Sofea mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada penulis lain. Setiap penulis mempunyai kriteria yang tersendiri, sebab itulah ianya mendapat hati. Ingin ku nyatakan di sini aku tidak jugalah banyak membaca novel cinta sebegini rupa. sewaktu usia awal remaja dulu, ada jugalah yang menghulurkan novel Ahadiat Akashah dan Zuraidah Othman. Kedua-duanya hampir sama. Kadang-kadang jalan cerita agak berserabut. Aku mula di hulurkan dengan novel Ma Lee Chuswan dan Norhayati Berahim. Keduanya hampir serupa dalam penulisan, keduanya membuatkan aku menangis. Baru-baru ini aku di hulurkan pula Aisya Sofea. Sudah lama kehadirannya, tetapi baru ini aku sedar. Itupun setelah membaca Kau Untukku. Seakan tersedar dari mimpi. sudah agak lama buku itu berada di sisi, entah baru ini mengangkatnya dan membacanya. Apabila aku di hulurkan Adam & Hawa, aku tidak lalai. Terus ku membacanya.

Ma Lee Chuswan: Aku tidak banyak membaca novelnya. Mungkin hanya tiga. Yang aku ingat dan berkesan di hati adalah Lamaran Kedua. Berulang kali aku membacanya, masih tersentuh hati ini.
Norhayati Berahim: Kalau novel cinta dalam bahasa Inggeris ada Judith McNaught dan Jude Devraux, novel cinta melayu pun tiada yang kurang. Norhayati Berahim bagiku setanding dengan mereka. Tanpa adegan berahi seperti yang sering didapati dalam novel cinta bahasa inggeris, Norhayati Berahim masih mampu menghasilkan apa yang kita panggil "a masterpiece". Norhayati Berahim sering saja membuat aku menangis dan novel-novelnya memang meniggalkan kesan di hati buat satu jangka masa yang lama.
Aisya Sofea: Penulisan Aisya Sofea penuh dengan kesedaran. Sering diselitkan kata-kata keramat yang akan menambat hati dan menusuk jiwa. Menangis? tentu saja. Tidak kurang hebat juga seperti penulis-penulis di barat.

Sebab itulah aku lebih suka membaca buku dari menonton filem. Mindaku dapat berimaginasi, malah bagiku, emosi lebih terusik dengan membaca. Tapi aku akan cuba menonton filem Cinta. melalui review yang ku baca banyak yang positif. Lagipun sudah lama aku tidak menonton Rashidi Ishak, terkenang pula filem Mimpi Moon. Sharifah Amani dan Pierre Andre adalah pelakon muda yang aku gemari.

Aku masih belum habis membaca novel Aksioma Ain. aku masih menunggu abangku pulang dari membawa Kamus Dewan. *senyum*. Banyak sangat perkataan yang aku tidak tahu. Tidak enak kalau membaca terus saja tanpa mengetahui perkataan-perkataan ini. ada kurang dalam pemahaman dan penghayatanku rasanya.

Lain kali saja aku berceloteh panjang tentang itu dan tentang ini. Bagi penggemar novel cinta melayu yang ringan, bukan yang penuh dengan sastera, baca saja hasil tulisan Norhayati Berahim, Aisya Sofea dan Ma Lee Chuswan. Tentu terhibur. Tapi sediakan tisu ya.

Monday, November 13, 2006

Kisah si Bodoh dan si Pintar

(1)

Si bodoh mengayuh basikal tuanya
Basikal tua sarat dengan isinya
Si bodoh senyum girang

Si bodoh dengan sikuinya
Duduk di gerai dengan gembiranya
Penuh bersemangat

Si pintar turun dari keretanya
Menghampiri gerai si bodoh
Menguis sikui si bodoh
Senyum meleret

Si bodoh memandang kehairanan
Duit berganti tangan
Si pintar hanya senyum
Sedozen sikui kini miliknya

Si pintar bermuka pucat
Bininya bercerita tentang si bodoh
Orang kampung heboh bercerita
Kononnya si bodoh berjaya menipu orang

Si pintar mengamuk sakan
Di kuisnya isi dalam kotak sikui tadi
Kelapa tua yang di cat hijau
Sebelas biji semuanya
Di genggamnya sikui yang sebiji

Hatinya geram
Kini dia bukanlah si pintar
Si bodoh pula bukanlah si bodoh

(2)

“Ma! Banyak jua kelapa ani. Bercat hijau lagi tu,” pekik Maya dari luar rumahnya. Kakinya menguis-nguis kelapa tua bercat hijau itu.

Siti berlari keluar. “Jangan bising Maya, marah bapamu karang,” Kata Siti dengan suara perlahan.

Maya mengangkat keningnya, hairan dengan kata-kata Siti.

“Si Bodoh menipu bapamu tadi. Bukan jua salah si Bodoh. Bapamu atu jua, luan inda meliat-liat. Si Bodoh iski lah,” terang Siti kepada anaknya.

Maya mengeluh. Kesal dengan sikap ibu bapanya yang dianggapnya tidak ada beza dengan penduduk kampungnya itu juga.
“Ma, ada nama bah ia atu. Bukan si Bodoh. Bedosa kamu ani, sudah tah ia atu anak yatim. Namanya si Dillah bah. Kenapakan kamu ani. Ia atu bukan bodoh, Cuma kurang cerdik. Atu pun lapas-lapasnya accident dengan mulah bapanya jua tu. Apa di buatnya kan sampai bapa marah?”

Siti mengeluh. Faham dengan karenah anaknya. Maya memang rapat dengan si Bodoh. Maya akan melenting kalau ada orang memanggill si Bodoh dengan nama si Bodoh.
“bapamu kejumpahan si Dillah di gerai tadi. Di liatnya ada sebiji sikui di atas mejanya atu. Di liatnya ada lagi dalam kotak. Kata si Dillah sedozen semuanya. Bapamu pun membeli semuanya. Baginya $50, suruhnya si Dillah mengangkat ke bonet. Sampai di rumah, aku bercerita pasal si Dillah berjaya menipu orang. Tarus di luahnya sikui ah. Rupanya ia yang tertipu.”

Maya tersenyum. $30 untuk sedozen sikui. Hajat bapanya ingin menipu si Bodoh, akhirnya dia yang tertipu.

(3)

Hjh Kalsum hanya menggelengkan kepalanya. Maisarah, anak sulungnya bercerita tentang apa yang baru dilakukan oleh anak bongsunya. Si Arapan, suami si Maisarah pun sibuk mengiyakan apa saja yang dikatakan oleh isterinya. Serina, anak keduanya pula asyik menyebelahi perangai anak bongsunya. Setiap kata Maisarah di sanggah oleh Serina.
Maisarah geram dengan babunya. Asyik menyebelahi adik bongsunya, walaupun apa yang di buat oleh adiknya itu salah. Babunya tidak berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri setiap kali adik bongsunya di bicarakan. Ini membuatkan Maisarah lebih geram. Suaminya, si Arapan pula hanya mengiyakan kata-katanya. Adiknya serina pula apalagi, tidak jemu-jemu menyebelahi adik bongsunya. Apa saja katanya mesti di sanggah Serina. Adik bongsunya itulah saja yang betul.

Arapan tidak henti mengangguk, mengiyakan apasaja kata Maisarah. Kadangkala hatinya berdetik, apa salah adik iparnya itu sehingga maisarah seringkali marah dan geram terhadapnya. Kerana sayangkan isteri dia hanya menurut kata isterinya itu walaupun kata-kata Serina selalu boleh masuk dek akal daripada kata-kata isterinya itu.

Serina marah dengan kakaknya. Babunya pula hanya mendiamkan diri. Memang dari dulu babunya begitu. Setiap kali adiknya menjadi tajuk perbualan. Maisarah pula dari dulu tidak berubah. Selalu berpandang negatif terhadap adik bongsunya itu.

(4)

Suasana di kedai kopi Hj Mansor riuh rendah. Begitu juga dengan gerai sayur Hjh sauyah dan gerai ikan Mat Dalak di sebelahnya. Semua hangat membicarakan tentang si Pintar yang kononnya yang terpintar di kampung itu telah tertipu oleh si Bodoh dalam dia ingin menipu si Bodoh.

“Iatah namanya tu, kan menipu orang, diri sendiri terkana,” kata Mat Dalak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Geli hati mengenangkan si Pintar.

“Ketulahan jua tu karang si Bodoh ah,” kata Awang Sapar, orang kanan si Pintar. Dia geram dengan orang kampung yang seakan menyokong tingkah laku si Bodoh daripada si Pintar yang menurutnya selama ini berbakti kepada kampung itu.

“Apa kan di tulahkan? Namanya banar, si pintar jua mulanya kan menipu si Bodoh. Adakan sikui sedozen $30 ganya?” Mat Dalak masih tidak mahu kalah. Masih ingin membakar kemarahan Awang Sapar. Lagipun dia amat marah dengan si Pintar yang kononnya baik sangat tetapi ingin mengambil kesempatan terhadap kekurangan si Bodoh.

“Awu eh, mun sekadar si Pintar, alum ku kan gagar nyamu Wang sapar. Meliat tah kami siapa ia yang banarnya sudah ni,” sampuk Hj Mansor.

Awang sapar marah dengan orang – orang kampung yang baginya mudah melupakan jasa si Pintar hanya kerana dia iningin mengambil kesempatan terhadap si Bodoh tetapi dia sendiri yang terkena.
“Iatah kamu ani. Jenis inda tahu di untung. Cuba kamu liat apa yang si Pintar buat untuk kitani, untuk kampung tani ani. Kamu ucap-ucap ia. Bukan kan pandai berterima kasih kamu ani,” Marah Awang sapar, meninggikan suaranya.

Hjh Sauyah menggelengkan kepalanya. “Bukan kami kan melupakan jasa si Pintar atu Wang Sapar. Kami ingat. Kami cukup berterima kasih. Ganya, kami Cuma cakap, apa yang si Pintar buat arah si Bodoh atu salah. Atu saja. Inda jua kan mengapa kali,” kata Hjh Sauyah dengan suaranya yang lembut.

Awang Sapar marah. Lantas meninggalkan kedai kopi Hj Mansor. Bersedia untuk membuat liputan khas kepada si Pintar.

(5)

Si Bodoh menghampiri Mat Dalak. Mat Dalak senyum dan seraya menghulurkan wang $50 kepada si Bodoh.
“Sana sini orang cakap pasal kau ah. Hebat kau tarus ah. Nah, duitmu. Esok jangan lupa ah, kalau ada ikan lagi, antar kemari. Aku menjualkan,” Kata Mat Dalak kepada si Bodoh.

“Terima kasih Pak Mat Dalak, jumpa esok ah,” kata si Bodoh. Dia pun beredar ke gerai sayur hjh Sauyah.

Hjh Sauyah menguhulurkan wang $20 kepada si Bodoh.
“hasil jualanmu ah, $20. Bagitau babu mu, tempe abis sudah, antar lagi esuk. kalau ada sayur lagi, antar esuk ah. Jagungmu, kalau berbuah udah, antar saja kemari,” kata Hjh Sauyah tersenyum meliat gelagat si Bodoh.

“Terima kasih Maci, karang aku bagitau babu. Aku jalan dulu ah.” Kata si Bodoh lantas mengayuh basikalnya beredar dari situ.

(6)

“Eh bodoh! Siapa mengajar kau jadi penipu anikan” marah Maisarah.
“Kenapa kita ka? Gila sudah? Manggil orang bodoh ani?” balas Serina.

“Babu bah ni, luan manjakan ia. Iatah naik kepala. Liat tah usulnya atu,” Maisarah masih tidak mahu kalah.

“Ka! Kalau nada si Dillah, siapa menjaga makan minum pakai babu ah. Aku di UBD, mengharapkan kita, dui ma. Jarang jua kita kerumah ani menyubuk babu. Sibuk jua kita keraja. Ani kita kemari pun kelurusan mengantar anak kita, amah kita balik sudah. Kalau inda bah, tinggal sekampung pun payah kan nampak batang hidung kita di rumah ani,” Serina geram dengan Maisarah.

“Eh Serina. Aku bukan cakap dengan kau!”

“Sudah tah bah Ka Mai, Ka Rina! Apakan? Pasal sikui atukah? Esok tah aku membagi ia balik sedozen sikui! Jangantah kan marah-marah ani. Kesian babu,” sampuk si Bodoh. Geram dengan kakak-kakaknya.

(7)

Si Pintar duduk berfikir di serambi rumahnya. Berita yang baru di sampaikan oleh isterinya Siti tadi sudah cukup buat dia tidak lena. Siti mengkhabarkan yang anaknya, Maya, marah kepadanya yang cuba mengambil kesempatan terhadap si Bodoh. Tidak cukup dengan itu, si awang sapar, orang kanannya pula mengkhabarkan bagaimana reaksi orang kampung tentang berita itu. Dia kusut. Dia cukup malu untuk berdepan dengan orang kampung. Dia juga geram kepada si Bodoh yang baginya, adalah punca segala masalahnya.

(8)

Selesai makan malam si Pintar dan isteri bersama anak tunggalnya akan duduk bercerita-cerita tentang hari masing-masing di serambi.

“kotak apa ni?” soal Maya.

“Entah. Tadi mana ada. Ada surat ah, buka surat ah,” kata Siti.

Maya membuka surat itu dan membaca dengan lantang. “Pak cik Abu, minta maaf pasal kelapa tua atu ah. Ani ada lagi sebelas biji sikui. Ikhlas, Dillah atau si Bodoh.”

Mereka sekeluarga terpana. Airmata si Pintar pun mengalir. Mengalir kerana kejujuran si Bodoh. Dia menangis kerana malu dengan si Bodoh. Dia menangis kerana si Bodoh menggelarkan dirinya si Bodoh sedangkan dia sendiri yang sebenarnya bodoh.

(9)

“kan kau apa buah kelapa atu Dillah?” soal Hjh Kalsum kepada anak bongsunya.

“Kan ku simpan arah gerai lama Pak Mat Dalak di luar dakat jalan ah. Sayang jua, terbiar. Kan ku usai-usai. Iatah kan ku hias pakai buah kelapa ani,” terang si Bodoh sambil menyimpan kelapa-kelapanya di dalam kotak dan di letakkan di atas basikal tuanya. Di simpannya sikuinya di bakul di depan basikal. “Aku jalan dulu Bu ah. Sikui ani kan ku makan di gerai karang.”

Sampai saja di gerai, dia terus meletakkan kotak yang berisi kelapa-kelapa tua itu di atas meja gerai. Di letakkanya sikuinya di sebelah kotak itu. Baru dia melabuhkan punggung di kerusi, sebuah kereta hitam berhenti di depannya.

Si Pintar menghampiri si Bodoh. Di belek-beleknya sikui si Bodoh. Di lihatnya ada kotak disebelahnya. Di beleknya sedikit kotak yang bertutup rapat itu, dilihatnya ada benda berwarna hijau. Tentu saja sikui, fikirnya.
“Berapa biji dalam kotak ani?” soalnya

“11 biji,” jawab si Bodoh dengan lurus. Hairan kenapa si Pintar bertanya tentang kelapanya.

“Aku mahu sedozen. Sikui mu ani sama dengan sekotak ani,” kata si Pintar sambil senyum meleret.

“Kita kan membalikah?” soal si Bodoh bingung.

Si Pintar mengangguk jujur. Di hulurnya wang $30 kepada si Bodoh.
“Angkat kotak atu, simpan di bunit. Sikui sebiji ani pun jua,” arah Si Pintar.

Si Bodoh akur walaupun hairan kenapa si Pintar mahu buah kelapa tua itu malah, yang sudah dicat hijau.

Si Pintar pun masuk ke keretanya, sambil tersenyum meleret. Di lihatnya, si Farid sedang memerhatikannya. Di Hampirinya si Farid.
“Si Bodoh, menjuali aku sedozen sikui $30. Basar-basar lagi tu,” dengan itu, si Pintar pun berlalu pergi dengan girang.

Si farid bergegas menghampiri si Bodoh.
“Apa kau jual arah Si Pintar tadi” soalnya bodoh.

“Sikui sebiji, buah kelapa tua 11 biji. Di baginya aku tarus $30 tadi. Kenapa?”

Farid pun ketawa lalu berlalu pergi. Hatinya girang ingin menkhabarkan kepada orang kampung apa yang telah terjadi.

Si Bodoh hairan melihat si Farid. Dia hanya membiarkannya dan terus membaiki gerai usang itu.

Labels:

Friday, November 10, 2006

Kisah Si Pintar dan Si Bodoh

Nantikan saja ya. Kisah si Pintar dan Si Bodoh. Bukanlah sesuatu yang di katakan 'a masterpiece'. Tetapi, sesuatu yang baru bagiku. Bagi sesiapa yang memang mengenali corak penulisanku mungkin akan perasan perubahan ini. Nantikan saja ya. Moga terhibur.

Mungkin minggu depan aku akan mem'post'.

Alahai Media

Orang Melayu memang cepat melatah. Bukan saja melatah atau bak kata orang Brunei 'gigiran', tetapi dari setiap segi. Orang kita tidak suka apabila kisah yang benar-benar terjadi di gambarkan, mereka lebih rela melayan fantasi mereka. Orang kita melenting apabila di hidangkan dengan satira yang membentuk individu, tetapi suka pula mengumpat tidak tentu pasal dan menyebarkan khabar angin. Itulah orang kita, itulah juga aku.

Berbalik kepada topik asal.

Di sana sini, media hangat memperkatakan artis bercerai, artis kahwin, malah artis putus tunang pun boleh menjadi satu isu hangat. Alahai. Sudah habis modal kah?
Bukan ingin mengata media luar, media di Brunei pun bukan main juga. Terbaca tentang kes cerai Nurul-Ajai di dalam Media Permata, begitu juga dengan Britney-K Fed di dalam Borneo Buletin. Agaknya, tanpa cerita sensasi seperti itu, tidak ad apembaca kot. Tapi, nasib juga media di Brunei bukan jenis yang mewar-warkan sehingga muka depan utama.

Tentu ada yang terbaca tentang perceraian Awie dan Arni. Sikap awie tidak jauh beza dengan sikap Travis barker terhadap bekas isterinya. Trend masa kini kah menghina bekas isteri? Alahai, dulu bukan main di sanjungi, dialah yang satu dialah yang utama kononnya. Sudah habis manis, di buat begitu ya.

Kenapa perlu di war-warkan kisah sebegini rupa? cukuplah sekadar berkata mereka bercerai. Habis kes. Segala tumpuan kepada kes cerai yang entah apa begini, seakan menggalakkan perceraian. Maklum sajalah, minda orang kita, suka mengidolakan artis daripada tokoh-tokoh yang terbilang. Ironi sungguh.

Alahai, kes putus tunang pun boleh buat jadi topik ya. Itu baru bertunang, belum lagi berkahwin dan bercerai. Memang sudah habis topik kot. Kalau media yang lebih kearah hiburan, memang boleh di fahami, tapi, kalau media yang selama ini membuat liputan yang jauh lebih serius pun sudah mula membincangkan tentang mawi dan Datuk CT, memang menghairankan. Alahai, penjualan sudah jatuh merundumkah?

Apa tujuan aku menulis ini? Aku pun tidak tahu. Sekadar ingin melepaskan apa yang terpekung di dada. Muak dengan mereka yang terlebih fanatik dan terlalu mengidolakan artis.

Bila ku fikirkan balik, artis asia pun tidak jauh kurangnya dari artis barat. Itu yang cuba di gemburkan oleh pihak media. Fazura memang tidak ubah seperti Lindsay Lohan, Awie seperti kukatakan tadi adalah seperti Travis Barker, Nurul dan Ajai pula seperti Jessica Simpson dan Nick Lachey (iyalah, menyanyi bersama dan nampak ideal sangat. Cuma perceraian mereka berbeza), dan Mawi pula seperti mana-mana saja artis yang 'over rated'. Bukan kah?

- sekadar dari pandangan mataku -

Thursday, November 2, 2006

Must Read

This gotta be my favourite Wuxia novel. It's written by Gu Long. Read the translation here. The continuation, which is still ongoing can be found here. You just have to be patience waiting for the translation. wuhuhu.

Photobucket - Video and Image Hosting
The twins. This was taken from the comic version drawn by Tony Wong.

Photobucket - Video and Image Hosting
The twins and Yan Nan Tian.

Happy reading people!

Wednesday, November 1, 2006

Kegelapan Hati, Kegusaran Jiwa, Kekabutan Minda, Kekalutan Perasaan

(I Hate) Everything About You - Three Days Grace

Every time we lie awake
After every hit we take
Every feeling that I get
But I haven’t missed you yet

Every roommate kept awake
By every sigh and scream we make
All the feelings that I get
But I still don't miss you yet

Only when I stop to think about it

I hate everything about you
Why do I love you
I hate everything about you
Why do I love you


Every time we lie awake
After every hit we take
Every feeling that I get
But I haven’t missed you yet

Only when I stop to think about it

I hate everything about you
Why do I love you
I hate everything about you
Why do I love you


Only when I stop to think
About you, I know
Only when you stop to think
About me, do you know

I hate everything about you
Why do I love you
You hate everything about me
Why do you love me


I hate
You hate
I hate
You love me

I hate everything about you
Why do I love you