Thursday, December 21, 2006

Bila Rindu

(Nota buat pembaca. Cerpen ini pernah di 'post' dalam blog ku yang lain. Oleh kerana Blog itu tidak aktif dan aku ingin mematikannya, aku mem-postnya kembali di sini. Cerpen ini adalah "crap". Cerpen ini dihasilkan sewaktu aku berusia 15-16 tahun. Jadi, bayangkanlah sifat romantika gadis di usia itu. hehe)

Kad di tangan terjatuh. Aku terduduk di sofa. Nukilan si pengirim carnation peach telah menjadi teman setiaku sejak 4 bulan yang lalu. Entah manusia mana yang gemar sangat mengirimku bunga-bunga itu. Sebelum ini tiada nama yang disertakan didalam kadnya, hanya “I miss you” tertulis. Kali ini berlainan pula. Selain namanya turut disertakan, sebuah bungkusan kecil yang berisi lilin berwarna kuning berukiran di tepinya turut disertakan.
“ bertahun sudah kita berpisah,
kau tidak pernah luput dari ingatan,
kemana saja engkau berlari
panjang langkahku mengejar,
sekian lama kita terpisah
tiada sekali ku melupakanmu
walau kau hindariku
dari jauh aku tetap merapatimu
salah siapa perpisahan terjadi?
Berbahagialah di hari lahirmu….
Always loving you,
Mh shah”
Aku cuba mengingati teman-temanku terutamanya lelaki yang bernama shah. Namun gagal.

Pintu bilik pejabatku diketuk, mematikan lamunanku. Haisya muncul. Aku hanya senyum hambar.
“Hey! Apahal ni birthday girl?” soal Haisya.
Aku menghulurkan kad dari si pengirim yang menggelarkan dirinya ‘MH SHAH’. Haisya membaca isi kandungannya.
“Honestly Tia, I think he knows you. What do you think?”
Aku mengangguk. “Dia tahu my favorite flower. Kad yang dikirimnya pun warna kuning, my favourite colour! And paling teruk dia tahu my birthday. It is so obvious he knows me,”aku berhenti seketika. Lalu menyambung, “ he’s driving me nuts. Apa pendapat kau?”
Haisya senyum.”Ada kemajuan,”ujarnya.
Aku mengangkat kening tanda tidak faham.
Haisya ketawa kecil dan menjawab,”dulu dia tak berani tulis nama. Kini dia sudah berani. Lama kelamaan setelah dia sendiri bosan dengan permainannya aku pasti dia akan berterus terang juga.”
Ada kebenaran pada kata-katanya. Haisya senyum, lalu berdiri meninggalkan aku termangu sendirian di pejabatku.


Malam itu aku tidak dapat tidur nyenyak. Mindaku hanya terarah kepada ‘MH SHAH’. Siapakah gerangan insan yang ingin sangat melihat aku menderita dengan seribu persoalan.

“Cik Atia, ada bunga untuk Cik Atia,” kata Siti, penyambut tetamu pejabatku sebaik saja aku melangkah masuk pejabat.aku mengangguk dan lantas mengambil bunga carnation peach itu. Tidak payah ku baca kad yang terselit itu. Aku memang sudah tahu pengirimnya. Siapa lagi kalau bukan ‘MH SHAH’. Kuambil kad itu dan lantas ku baca.
“apabila perasaan mendahalui kewarasan,
segala yang mustahil jadi realiti,
sesungguhnya aku tak memahami perasaanku,
tapi aku terdorong olehnya,
kerana itu aku muncul dalam kamus hidupmu,
merindui dan menyayangimu,
aku yang bergelar………
MH shah”

Aku kaget. Ku baca berkali-kali kad itu. Tapi otakku tidak berfungsi untuk memikirkan siapakah gerangan si pengirim.

Panggilan telefon dari Haisya mematikan lamunanku.
“Atia, are you ok?” soal Haisya.
“Yeah sure. What can be wrong?”
“If you say so. Anyway are you busy? I want to ask you to have lunch with me. Something comes up”
“I’m sorry Haisya. I have appointment with a client today. Can we talk about this over dinner tonight?”
“Sure. I’ll see you later,” Haisya menjawab dan lantas meletakkan telefon.

Aku membetulkan tudungku berkali-kali. Aku berasa gementar sedikit. Setelah hampir dua tahun menabur bakti di syarikat Putra Holdings, syarikat milik keluargaku, akhirnya aku diberi kepercayaan untuk menguruskan satu projek besar sepenuhnya. Jika aku gagal, punahlah karierku. Kakiku melangkah ke restoran bertaraf lima bintang itu. Mataku liar mencari sesusuk tubuh yang berpewatakan seorang pengurus besar. Aku lantas memberitahu nama syarikatku kepada salah seorang pelayan di sana. Pelayan itu lantas membawa aku kepada sebuah meja. Seorang lelaki sudah berada di sana. Hanya tuhan yang tahu akan perasaanku ketika itu. Semuanya bercampur baur.

Pandangan bertaut. Hatiku dilanda keresahan.
“jemput duduk,” pelawanya.
Aku duduk. Ah! Bermimpikah aku? Aku belum cukup tabah untuk menghadapi semua ini. Aku kuatkan hatiku untuk berdepan dengan insan yang satu ketika dulu pernah ku cintai dan melukakan hatiku.
“Ameer Hafiz, dari Azcar Corp.” katanya mengenalkan dirinya.
“Aina Atia Haziqah, Putra Holdings,” ujarku. Tenang.
Dia tersenyum. “Sekian lama baru berjumpa Tia,” katanya.
Aku mengangguk bodoh. “Let’s talk about business,” kataku.


Kemenangan berpihak padaku. Aku berjaya mendapat projek bernilai jutaan ringgit itu. Bagaikan tahu akan kejayaanku, carnation peach mengunjungiku lagi.
“tahniah!
Aku memang tahu awak akan berjaya.
Sekian lama mengenali dirimu dari kejauhan
Aku sedar akan kematanganmu
Aku juga sedar yang aku tak berupaya menandinginya
-m.h shah”
Aku terdiam. Hatiku gusar. Siapakah insan yang sanggup mengetahui segala halku? Aku cuba untuk tidak memikirkannya. Biarlah, dengan keizinan Allah, suatu hari nanti akan terbongkar juga seribu persoalan ini.


Langkahku longlai. Anak mataku melirik ke arah sesusuk tubuh yang sedang asyik merangkul pinggang si gadis, berdansa seakan tiada makhluk di sekitar mereka. Ah! Ameer Hafiz tidak pernah berubah, walaupun usia semakin meningkat tua. Jika tidak memikirkan teman-teman yang lain, tentu saga aku tidak ke mari. Ke majlis reunion kami ini. Sudah lama rasanya aku meninggalkan alam remajaku yang ku sia-siakan dengan perangaiku yang terlalu sosial. Tapi itu dulu. Aku buakan Aina Atia Haziqah yang dulu. Gadis itu sudah mati di telan arus masa dan kematangan.


“Hey Atia, I heard you dah berjaya sangat sekarang ni. Tapi bila nak rasa nasi minyak you? Kawan lain dah banyak buat tau. Tapi, I you jangan tanya lah,” sapa Rose atau nama sebenarnya Roslan.
Aku ketawa geli hati. Kusangkakan dia dah jadi lelaki tulen, rupanya masih halfway. “Jangan nak merepek lah Rose, you kalau nak rasa I masak nasi minyak, datang rumah. I boleh masak,” kataku.
Rose menggelengkan kepalanya. “kau tengok lah ex boyfriend you tu Atia. Pure player. Nasib baik you tak dengan Ameer lagi, kalau tak merana lah you Tia,” katanya sambil matanya memerhatikan Ameer. Dia menyambung lagi, “lagipun Tia, I suka image baru you tu. You look nice tau Tia. You masih ingat Hadi Tia?”
Aku tersentak, lalu mengangguk perlahan-lahan. Airmataku seakan menitis mendengar namanya.
Rose tersenyum. “kalau macam tu baguslah Tia. I nampak dia tadi. Excuse me Tia, I nak jumpa Mr Hadi,” katanya dan terus berlalu dari situ.


Aku duduk bersendirian di satu sudut yang agak terpencil. Bunyi muzik tidak begitu kuat kedengaran dari situ. Aku tidak lagi berasa seperti dulu, dimana aku adalah seorang yang popular di kalangan pelajar.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara.
Aku mendongak. Pemilik suara itu duduk di depan ku.
“ Aina marah kalau saya duduk di sini?” soalnya.
Aina? Aku menggelengkan kepalaku. “Hadi?” soalku antara dengar atau tidak. Hanya dialah insan yang memanggilku Aina.
“Dengar khabar Aina dah berjaya sekarang, syukur Alhamdulillah. Semoga kita sentiasa di redhaiNya.”
“Berkat segala doa dan usaha. Awak pula?” soalku.
Dia tertawa kecil. “Beginilah Aina, kehidupan, ada pasang dan surutnya. Dengan keizinanNya dapat juga aku merasakan kesenangan dunia, tapi siapa tahu bilakah segala pinjaman ini akan ditarik kembali?”
Ah! Dia masih tidak berubah. Hujahannya masih seperti dulu. Penuh dengan kiasan dan kesedaran, dan wajahnya sentiasa tenang seakan tiada masalah yang pernah melanda dirinya. Aku kagum akan dirinya. Tapi siapalah aku untuk memilikinya kembali?
“Aina, aku suka akan perubahanmu,” luahnya.
Giliranku pula tertawa. “sama seperti yang kau katakan tadi, kehidupan. Aku gembira ada orang yang menghargai akan perubahanku, walau dalam sedar aku tahu ada suara sumbang mencercaku,” ujarku.
“Sabar sajalah Aina. Anggaplah ia sebagai satu dugaan dariNya. Maafkan aku Aina, aku ingin berbual lebih lama denganmu tetapi masa tidak mengizinkan. Aku pulang dulu,” katanya lantas berdiri. Dia senyum buat sekian kalinya sebelum meninggalkanku.


Peristiwa malam reunion itu tidak dapat kulupakan. Ini bukanlah kali pertama aku berjumpa kembali kekasih lamaku. Entah kenapa, bayangan Hadi bermain di segenap mindaku. Mungkin kerana aku merasa bersalah padanya. Masih ku ingat kisah percintaan kami. Dia memang menepati jolokan lelaki soleh. Mungkin kerana aku begitu bodoh ketika itu, tidak mengetahui akan permata dan kaca. Aku meninggalkan Hadi demi untuk bersama dengan Ameer. Tetapi pada ketika itu aku memang sosial sangat. Tapi salahkah aku? Sedang dia hanya membiarkan aku pergi tanpa sebarang penjelasan. Langsung tidak pernah mengajak aku kembali ke pangkal jalan. Ah! Apa sebenarnya yang terjadi?


Haisya melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu ini. Entah bagaimana terjadi, aku pun tidak pasti. Bagai mengetahui yang aku tengah bercuti, bunga carnation peach mengunjungiku di rumah.
Hasil nukilannya hampir membuatkan aku gila memikirkannya.
“Assalamualaikum…
kad jemputan perkahwinan haisya selamat sampai.
Terima kasih kerana menjemputku.
Insya-allah jika tiada aral melintang,
Aku akan datang dengan seribi impian
Yang pada suatu hari nanti,,,,,
Ianya akan menjadi majlis kita berdua
-m.h shah-“
Aku terpana. Dia kenal akan kaum keluargaku. Ah! Kenapakah aku di seksa demikian rupa?


Di hari perkahwinan Haisya aku cuba mencari siapakah gerangan si pengirim carnation peach, ternyata aku gagal. Hanya kedatangan Ameer Hafiz yang menggugat perasaanku ketika itu. Diakah pengirimnya?


Sejak aku sibuk menguruskan projek dengan Ameer, carnation peach berhenti mengunjungiku. Aku mula membuat andaian bahawa pengirimnya adalah Ameer. Berhadapan dengan Ameer memang menyiksakan. Beberapa kali dia cuba memikat hatiku seperti satu ketika dahulu. Tapi, aku tidak akan bodoh lagi. Aku tahu menilai yang mana kaca dan yang permata. Bagiku Ameer adalah umpama kaca yang suka bermain dengan kata-kata. Aku tidak akan menerimanya kembali walau apa sekalipun. Pisang tak akan berbuah dua kali.


Setelah seminggu selesai projek yang memakan masa berbulan-bulan itu, carnation peach muncul kembalidi rumahku di satu petang. Ah! Apa yang Ameer inginkan lagi? Bukankah sudahku terangkan. Aku terus membuang bunga itu. Haisya menghalang.
“kau yakin bunga itu datang dari Ameer?” soalnya.
Aku terdiam. Ku kutip bunga itu. Ku baca surat di dalam sampul yang turut diselitkan.
“assalamualaikum,
aina,
dari kejauhan aku menyintaimu
dari kesamaran aku mengintaimu
dari keperitan aku merinduimu
sungguhku sedar dan tahu dari dulu lagi
kau dijadikan bukan untuk menjadi milikku
tetapi sayang,
hatiku telah menjadi milikmu
berbahagialah bersama Ameer hafiz
kepergianku ini bersama kelukaan…..
-mifzal hadi shah-“

Aku mengetap bibirku. Permata jernih gugur juga.
“Atia, are you okay?”soal Haisya.
Aku menggeleng. “kau tahu? Dia di mana?”soalku bertalu-talu di dalam esak tangisanku.
Haisya mengangguk. “Aku terjumpa dia atas urusan pejabat. Kami mula rapat dan aku mendapat tahu akan perasaannya padamu. Aku yang dorong dia selama ini. Maafkan aku tidak berterus terang, tetapi ini adalah permintaannya,” terang Haisya.
“Where is he now?” soalku.
“Flight to Japan at 8 o’clock tonight,” jawab Haisya.
Aku lantas mencapai kunci keretaku dan memakai tudungku. Aku berlari ke garaj dan terus memecut keretaku.


25 tahun aku hidup di dunia ini aku berdoa agar keputusanku kali ini tidak silap dan diredhaiNya. Jam menunjukkan pukul 6.45 petang. Keretaku ku pecut habis. Hatiku resah.

Kakiku melangkah laju ke balai berlepas. Mataku liar mencari sesusuk tubuh yang ku kenali. Aku resah.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara yang kukenali dari belakangku.
Aku menoleh. Wajahnya tenang walaupun ada sinar kesedihan terpancar dari anak matanya. Ingin saja kupeluk dirinya, tetapi kewarasan menghalangku. Airmataku gugur tanpa segan silu. “Bila agaknya kau ingin memberitahu hal sebenar kepadaku? Setelah kau berlepas ke Jepun? Mengapa tidak berterus terang? Kenapa biarkan aku bermain dengan perasaan dan persoalan?” soalku bertalu-talu.
“Aina, dulu kau tinggalkan aku kerana Ameer. Kini dia muncul kembali dalam hidupmu. Tentu saja kau pilih dia. Bukan aku. “
“kenapa buat andaian sendiri sebelum mencuba? Dulu kenapa kau lepaskan aku?” soalku lagi.
“Ah! Kau tak faham hati dan perasaan lelaki Aina. Pertama kalinya aku mengetepikan keegoanku, demi untuk memilikimu kembali. Tetapi di kala itu juga saunganku muncul kembali. Aku sedar akan perasaanmu kepadaku Aina. Kau sayangkan Ameer,” katanya.
kala ini ingin rasanya kutendang Hadi. Bodoh sangat. “Sebab itu ingin tinggalkan Aina merana di sini?” soalku.
Dia terdiam. Aku kedengaran dia mengeluh. “aku tak faham apa yang bermain di hatimu Aina,” luahnya.
“I want you to stay here with me.”
“I can’t”
tangisanku semakin galak. “ I thought that is what you want. Kenapa tolak Aina?”
Dia tertawa kecil. “I’ve to go. On business, you can come along if you want to. Nak uruskan company baru kat sana. But I’ll be back, if you want me to,”
“awak mesti balik untuk tunaikan janji awak nak buat majlis yang awak cakapkan di dalam salah satu surat awak,” kataku.
Hanya senyuman menjawab seribu persoalan.

“Aina! Apa doctor cakap tadi?” soal Hadi.
Aku ketawa riang. “Tahniah, abang akan menjadi ayah tidak lama lagi,” jawabku.
Hadi mengucup lembut dahiku. “Thanks for everything,” bisiknya,
Aku senyum. Impian indah tercapai juga.

Labels:

Thursday, December 14, 2006

Mengarut? memang karut

Di awangan, hilang bersama diri yang sepi
Fikiran yang buntu bersama minda yang kaku

Sudah lama tidak mem-post, teringin pula hendak berkata sesuatu. Tetapi, tidak ada satu pun yang terlintas di kotak fikiranku. Ide melimpah luah. ada saja yang ingin di ulas. Ada saja cerita yang ingin di nukilkan. Tetapi, begitulah, hanya ide, tetapi jalan ceritanya masih di awangan. masih belum berpenghujung, malah awalannya pun hilang. hanya di tengahnya yang ada. Ah. kenapa ya?

Menulis report panjang di dalam Bahasa Inggeris. bencinya. Bukan membenci bahasanya, tetapi tidak selesa. Maklum saja ianya bukan bahasa ibunda. Bukankah lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda kita? Tetapi, era globalisasi memaksa kita. Bencinya.

Ingin menulis. Tanganku sakit. Komputer pula buat hal. Katanya jurusan komputer, tetapi, masih belum diperbaiki. lain kali sajalah.

nantikan saja. Setelah selesai menyiapkan reportku ini nanti, aku akan mula menulis. ide yang melimpah luah ini mesti di canangkan bukan? biar semua tahu ide bodohku. gelak bersamaku.

*Serius, aku sendiri tidak tahu apa yang aku katakan di atas. biarlah.