Woah! tiba kembali saat ku idamkan. Musim realiti tv kembali lagi. Seronok juga menonton televisyen. Sana sini berentap.
American Idol
Setiap musim aku menontonnya. Setiap musim juga aku rasa bosan. Setiap musim juga aku tidak menonton persembahan satu jam peserta. Seperti setiap musim juga, aku hanya menonton peserta yang aku suka. Musim ini tiada beza, aku menggemari Chris Sligh dan Blake Lewis. Kenapa? mereka berdua bijak memilih lagu. mereka berdua mempunyai keunikan yang tersendiri. Mereka berdua tidak takut untuk membawa kelainan. Jamiroquai dan The Cure dalam American Idol? Memang seronok bukan? Lebih-lebih lagi aku suka akan Robert Smith. Aku masih berharap seseorang akan menyanyi lagu Space Oddity (David Bowie) ataupun Rebel Yell (Billy Idol). hehe.
Setakat ini, aku suka persembahan Blake Lewis menyanyikan lagu The Zombies. Memang sesuatu. Satu perkara tentang Amerian Idol yang amat membosankan adalah setiap musim, sentiasa hampir sama. Mesti ada peserta feeling whitney Houston, Mariah Carey, Rockers entah apa. Aku paling bosan dengan mereka yang ke arah R n B dan Soul. menyanyikan lagu balada yang membuat aku mengantuk. Bosan. Rockers? Musim ini Gina feeling Rocker, sehingga menghancurkan lagu Paint It Black. Tidak boleh di maafkan. Aku pernah kata dulu, hanya Bo Bice yang Rocker dalam AI. Yang lain hanyalah product Rock MTV.
Jurinya masih menyakitkan telinga. Hanya Simon saja yang boleh pakai.
Gangstarz
Rancangan baru. Hmm. Boleh tahan juga. Kumpulan Hip Hop memang menyakitkan telingaku. persembahan mereka sering saja berserabut. Nasib sudah 2 kumpulan tersingkir. Nasib juga kumpulan feeling artis Jepun sudah keluar. seterusnya? aku ingin sekali melihat Equal Starz 3 kumpulan all-girls itu keluar. bosan yang amat. Aku menyukai Mendua, The Lima dan Flava. Mereka memang menghiburkan, tambahan dengan pilihan lagu yang tepat. Seronok melihat The Lima menyanyikan lagu Pengalaman Pertama (Terkenang kembali kepada satu kumpulan dalam Ajang Boyband yang menyanyikan lagu itu). Begitu juga apabila Mendua menyanyi ala John Travolta dan Olivia Newton John. Ingin mencari DVD Grease pula. Sudah lama tidak menonton.
HIglights : Gangstarz seakan emphasize pentingnya kreativiti itu. Masing-masing berusaha menjadikan lagu itu milik mereka dengan menggubahnya. Aku suka apabila Mendua menggubah lagu My Heart dan The Lima menggubah lagu DeaLova.
Jurinya boleh tahan juga. Semua boleh pakai. Terutama sekali apabila Vernon menyentuh soal pakaian. Memang kadangkala buruk pakaian mereka itu. haha.
Akademi Fantasia
Musim ke lima. Permulaan yang hambar. Diari yang bodoh. Sudah minggu ke berapa, diarinya masih bodoh. Permulaan minggu pertama, tiada seorang pun yang menarik hati. Minggu kedua, terpaut dengan Shawal. Minggu ketiga terpaut dengan Ebi pula. Aku bosan tengok Aswad(Beruang). Aku label dia sebagai Beruang. Semasa dia "sakit", memang tidak ubah seperti Beruang. haha. Boleh vote out dia? aku bosan tengok dia. Begitu juga dengan Mila(Milo). Ingat kembali waktu lagu Samantha Mumba, mau mati mendengar dia menyanyi. Suka Shawal lagu A Ramli, dan Ebi lagu Jinbara. Cuma pakaian mereka masih bodoh. Tidak percaya. mari aku cari contoh...
- Baju Ebi selepas di "make over". Hodoh. Aku lebih suka pakaiannya sebelum make over. Dia kelihatan seperti hero Hindustan dengan baju berlubang-lubang itu. Jeans yang ada patch itu rock kah? kepala hotak!
- Baju Heliza semasa lagu Torn. Seperti baju mengandung. haha. Ogy ada masalah mata kah?
- Dekna memang menjadi mangsa baju. Aku benci tengok bajunya minggu ini yang ala American Football, dan bajunya semasa lagu Amy Mastura pun hodoh.
- Baju Aizat minggu pertama yang ala hip hop dan semasa lagu Juanes. Azab sungguh. Seperti orang bersilat, cuma di majlis yang di taja oleh M Daud Kilau.
Aku masih mencari siapa yang dapat mengganti Zahid. Maaf sajalah, juara yang lain, aku memang tidak minat dan tidak suka. Aku suka Zahid kerana dia menang dengan usaha gigihnya. Tiada aura entah apa. Tiada berlakon dari kampung apa. Jujur dan bersahaja.
Pengajar : Aku mahu mereka buang saja si perunding imej dan guru English entah apa-apa. Pelajar yang menyanyi lagu English masih seperti apa kedengaran. Apa gunanya guru English??? Higlights : semasa dalam kelas, guru English berkata ,"we are goint to hae competition". maksudnya gameS?? kerana seterusnya mereka bermain games ala darjah 5. Semasa mencari benda di dalam dapur guru Englishnya mengiyakan kepada "Marigold", Marigold is not a thing to begin with, it's a brand. Guru English ini penyanyi atau guru English atau serba boleh yang sampai dia dapat mengkritik pelajar ini? haha.
Juri : Juri jemputan menggantikan Hattan memang membosankan. Dia memang selalu buat lawak dan tiada yang ketawa agaknya. Ogy? Bosan juga. Gee? bosan juga. Hanya Hattan yang bagus. Oh, kepada Gee, bukan Tajwid, Makhraj Huruf. haha. Itu masalah si Ebi, makhraj Hurufnya tidak betul.
Woah... panjang lebar juga ya.
Ini pendapat aku tentang intepretasi lagu. bagiku, hanya penulis lirik itu sendiri yang tahu apa makna di sebalik tulisannya. Mereka yang mendengar boleh menintepretasi mengikut kesukaan mereka. Aku marah apabila Ogy menghentam Ebi apabila menyanyi lagu Mawi itu. Dia tidak tahu intepretasi Ebi akan lagu itu. Bagiku nyanyiannya berkesan. Begitu juga apabila Ogy menegur Farha, lagu itu adalah lagu Yantzen, bayangkan saja bagaimana Yantzen mendendangkannya. Ogy juga sering contradict dengan komennya. Abangku yang membangkitkan hal ini, semasa Ebi menyanyi lagu Sudirman , Ogy tanya Ebi tidak pernah mendengar/melihat Sudirman menyanyi. Dia mahu Ebi sama seperti yang asal. Apabila Aizat menyanyi lagu Sudirman, katanya dia tidak mahu Aizat tiru Sudirman. yang mana benar? seprti Randy Jackson juga ya? selalu contradict.
hmmmm... sudahlah. aku tidak sabar untuk melihat OiaM musim baru dan Rockstar.
Labels: Realiti TV