Warkah...
Aku duduk kaku. Memandang kosong skrin telefon bimbitku. Tidak tahu apa yang ku nantikan. Tidak pasti apa yang ku inginkan. Hanya hati ku yang gundah dan minda ku yang bercelaru. Airmata menitis buat sekian kalinya. Ingin ketawa, aku tidak dapat. Ingin senyum, jauh sekali. Hanya tangisanku yang kedengaran, memecah kesunyian. Adakah ini penghujungnya? Ah! Hidup ini penuh drama. Aku adalah watak utama yang hilang arah. Pengarahnya adalah dirinya yang kehilangan punca.
------------------------------------------------------
“Cinta itu sakit. Hidup ini perit. Kesempurnaan tidak wujud. Kebahagiaan hanya mitos. Zahir kita ketawa, tapi kita menangis,” suara Amy mematikan aku dari lamunanku. Memang pandangan yang pesimis. Tetapi, memang ada kebenaran dalam kata-katanya.
Aku mengeluh. “Kita hanya bermimpi keindahan. Kadangkala kita lupa keadaan realiti. Tiada yang sempurna. Tidak semuanya indah. Kecacatan itu akan berlaku juga,” balasku.
Amy mengangguk. “Kita inginkan sesuatu. Tetapi kau kena ingat, tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi tanpa usaha.”
“Usaha? Aku letih. Sudah banyak masa dan usaha yang ku taburkan. Cuma mengharap satu keajaiban”
“Jangan merepek. Kau ingin berputus asa?”
“Tidak. Tetapi bukankah kau yang kata kebahagiaan itu hanya satu mitos. Kalau begitu, memang aku ditakdirkan untuk tidak mengecapi kebahagiaan”
Amy mendengus kasar. “kau dengar katamu? Itu percakapan seorang yang bodoh. Seorang yang gagal dalam hidup. Seorang yang tidak mahu mengubah nasib hidupnya. Dalam hidup ini, kita mesti berani ambil risiko. Baru ada kemajuaan dan perubahan. Jangan biarkan diri berada di takuk yang lama. Kau mesti berani ke depan dan mengambil hakmu”
Aku mengeluh lagi. “kalau itu hakku. Apakata kalau ianya bukan hakku? Apa perlu ku buat?”
“Kau fikir apa yang terbaik buat dirimu.” Ringkas saja jawapan daripada Amy.
------------------------------------------------------
Deringan telefon bimbitku mengejutkan aku dari tidurku. Ku capai dan lantas ku jawab panggilan itu.
“Atia..”
“Farid nak apa?”
“Aku rindukan kau..”
Diam. Kelu. Tiada satu jawapan yang pasti dapat ku beri kepadanya. Haruskah aku melayan dirinya dan menyatakan apa yang di hatiku? Haruskah aku berterus terang kepadanya betapa ku merindui dirinya? Haruskah aku menipu dirinya dan diriku dan lari dari segalanya? Aku bingung.
“Atia.. ” suara itu lagi. Ah. Suara yang ku rindu. Suara yang bisa mencairkan aku. Suara yang membisikkan kata-kata romantis kepadaku satu ketika dulu.
“Farid. Aku mengantuk. Kita cakap lain kali saja.”
Airmataku menitis lagi. Sampai bila aku harus menghadapinya? Sampai bila aku bisa bertahan? Rindu yang ku tanggung tidak bisa ku simpan selama-lamanya.
------------------------------------------------------
Farid memandang tepat ke wajahku. Hatiku sebak. Hatiku sakit. Aku tidak tahu hendak buat apa. Ingin ku peluk dirinya. Ingin ku biarkan dirinya membelaiku seperti satu ketika dulu. Ingin ku biarkan dia merawat hatiku yang luka. Biarlah dia yang menjadi insan yang melukakan, tetapi juga insan yang merawatnya kembali. Tapi apakan dayaku. Semua itu tidak akan berlaku. Hanya tangisanku yang menjadi jawapan atas segalanya. Kami hanya saling memandang antara satu sama lain. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing. Setiap pandangan yang bertaut, ada jawapan di sebaliknya. Saling memahami. Airmata jantannya yang menjadi penutup segalanya. Aku hanya mampu memandang sugul dirinya apabila dia berlalu pergi. Hancur luluh hatiku.
------------------------------------------------------
“Farid rindu Tia”
Pesanan ringkas yang dikirimnya siang tadi ku baca berkali-kali. Ingin sekali aku membalas, menyatakan rindu yang bersarang di hati. Tetapi ku tahan diriku. Aku hanya mampu menangisi segalanya. Aku tidak mahu kata-kata kosong. Aku tidak mahu seribu satu janji. Aku tidak mahu mengharap kepadanya lagi. Aku mahu dirinya. Akhirnya ku biarkan saja pesanan ringkas itu tanpa jawapan.
------------------------------------------------------
Amy mengeluh.
Aku mendongak. Memandangnya. “Kau kenapa?”
Amy menggeleng. “Aku risau dengan kau. Setiap malam aku mendengar tangisanmu. Setiap hari aku memandang wajah pucatmu.
Aku tertawa kecil. “Entah. Aku pun kurang pasti. Maaflah kalau aku menyusahkan kau.”
Amy senyum. “Aku tidak kisah. Bukankah itu peranan seorang sahabat? Farid sudah hilang. Bagaimana dengan Hadi? Dia masih mengharap.”
Kali ini, aku tertawa besar. “Hadi? Kau biar betul. Itu semua cerita lama. Nyata, walau sudah bertahun kita berkawan, kau masih belum mengenali diriku. ”
“Maksud kau, kau langsung tidak boleh menerima Hadi? Walau Farid sudah membuang dirimu?”
Aku mengangguk. “Kalau hati sudah terpaut, kalau cinta itu bertandang di hati, dan kasih sayang itu menjadi pengikat. Tidak semudah itu aku beralih arah. Ya, satu ketika dulu aku pernah menyayangi Hadi. Tapi itu cerita lama yang ingin ku kubur, dan tidak sekalipun ingin ku gali. Biarlah ianya menjadi satu memori. Farid mungkin membuangku. Tapi yang nyata, perasaanku kepadanya tetap utuh. Kau boleh kata aku bodoh. Tapi itulah hakikat yang tidak dapat ku sangkalkan. ”
Amy mengangguk. Tapi nampak ketidak puasan di raut wajahnya. Mungkin dia beranggapan aku bodoh seperti orang lain.
------------------------------------------------------
Farid : Atia.. apa khabar?
Atia : sehat. Kau pula?
Farid : rindu Tia..
Atia : …
Farid : Kenapa diam?
Atia : entahlah. Aku jadi bingung. Aku tidak tahu kenapa semuanya terjadi. Aku tidak tahu kenapa aku mesti menyayangi kau. Aku tidak pasti kenapa aku masih melayani dirimu. Yang nyata, aku tidak ada jawapan.
Farid : aku masih sayang pada kau.
Atia : tapi kenapa semuanya terjadi?
Farid : ...
Atia : kau buatku menangis…
Farid : maafkan aku..
Ku tutup komputerku. Sakit rasanya. Baru berbual di internet. Belum lagi berdepanan dengannya. Entahlah. Aku bisa gila di buatnya.
------------------------------------------------------
Ku ambil sekeping kertas dan pen. Ku curahkan rasa hatiku.
Warkah buat kau yang satu…
Mungkin kita gagal mengawal perasaan
Mungkin kita lalai dalam menjalani kehidupan
Mungkin kita alpa sehingga melukakan diri kita
Padahnya amatlah sakit
Mungkin satu kesilapan
-kembalinya diri ini ke dalam kamus hidupmu
Tetapi aku tidak pernah menyesalinya
Detik yang ku lalui bersamamu mungkin singkat
Tetapi sangat bermakna dan kesannya amat dalam
Mungkin satu hari kau akan kembali
Biar masa yang menentukan
Walau sakit hati ini untuk menerimanya
Jika kau ingin kembali
Ingatlah, hati ini tetap untukmu
Dan tidak akan berpaling
Kerana sayangku hanya untukmu
Mungkin tuhan ingin menduga kita
Segalanya mungkin…
- Atia.
Labels: Cerita

