Warkah : 2
Aku duduk diam merenung lantai. Ingin di pujuk hati yang merajuk. Tapi apakan daya, tidak tahu apa yang harus di lakukan. Hanya duduk diam, menunggu tiba saatnya. Aku bukan penyajak yang ulung. Tiada satu bait ayat yang dapat ku nukilkan untuk menyampaikan apa yang tertulis di hatiku, terlintas dek minda. Hanya titis airmata sebagai penyejuk hati. Aku hanya seorang yang naïf. Seseorang yang mengimpikan kebahagiaan, menginginkan kesempurnaan, walau diri tahu semua itu hanya dongeng. Aku bukan 10 tahun lagi. Tidak wujud lagi gembira selamanya. Aku harus matang dan belajar menempuhi liku-liku hidup ini. Kehidupan yang penuh keperitan. Hanya yang kuat dan tabah akan muncul sebagai pemenang.
--------------------------------------------------------------------------
Seribu macam perasaan terasa saat duduk berdepanan dengan Farid. Ingin ku tamper wajah yang mengganggu lenaku itu. Ingin ku peluk tubuh yang satu ketika dulu menghangatkan tubuhku. Inginku tendang saja dirinya yang meninggalkanku. Ingin juga ku belai dirinya yang pernah singgah di hatiku.
“Atia. Kalau aku ingin kembali, kau sudi menerimaku?” soalnya.
Aku diam. Bukankah ini yang ku mahukan. Bukankah ini dalam doaku siang dan malam. Agar dirinya kembali kepadaku. Tapi aku hanya kelu. Tidak terungkap segala yang inginku luahkan. “kenapa?” hanya itu yang mampu keluar dari mulutku.
“Kerana aku sayang kau. Kerana aku tidak sanggup melihat kau bersama lelaki lain,” jawabnya
Aku mengeluh. “Sekarang baru kau memikirkan perasaanmu? Dulu tatkala meninggalkanku, tidak pernah kau terfikir itu semua? Bagaimana perasaanku terpaksa menyaksikan kau bersama yang lain? Kau hanya fikir tentang diri kau sendiri,” balasku. Sesungguhnya bukan itu yang aku inginkan. Dari mana datangnya semua itu? Adakah itu semua yang sebenarnya ada di benak hatiku, cuma aku menafikannya?
Farid diam seketika. “Aku faham. Kau tidak akan percaya
“Kau menyakitkan hatiku. Luka lama masih belum sembuh sepenuhnya, kau ingin muncul kembali untuk apa? Menambah luka? Hatiku tertutup. Tertutup untuk menerima sesiapa saja. Semua kerana kau” balasku lembut.
“Aku menyesal Tia. Kau cukup baik. Kau sempurna. Tapi aku tewas dalam permainan dunia,”
Aku diam. “Memang sudah di takdirkan kita tidak akan dapat bersama. Usah di kesalkan. Kalau kau perlukan teman berbicara, aku ada disini kala susahmu. Kita memang sesuai jadi teman saja”
--------------------------------------------------------------------------
“Atia kenapa? Farid sudah pergi. Meninggalkan kau. Jangan di kenang lagi,” kata Amy lembut.
Ah! Amy tidak akan faham apa yang bermain di kepalaku. Apa yang tersirat di hatiku.
“kau tahu apa itu obsesi?” soal Amy
Aku mengangguk. Masih diam.
“Apa yang kau rasa pada Farid adalah obsesi. Sebab itulah kau berusaha ingin mendapatkannya semula.”
“Maksud kau?” giliranku bertanya
“Dia tinggalkan dirimu Tia. Terimalah hakikat. Kau kini obses untuk mendapatkan dirinya semula. Hanya kerana ingin menunjukkan yang dia tidak akan dapat meneruskan hidup tanpa kau. Kau sudah di kaburi dengan dendam dan obsesi. Bukan sayang. Aku tahu kau marah padanya. Kau geram. Dia tinggalkan kau Tia. Kalau dia sayangkan kau dia tidak akan tinggalkan kau. Dia akan berdiri di sampingmu dalam susah bangunmu. Sekarang dia kembali menagih kasih. Apa kau ingin lakukan? Inikah nanti kisah rumahtangga yang kau inginkan. Bila masalah tidak dapat diselesaikan, jatuh talak? Jangan jadi bodoh Tia”
Aku terdiam. Tidak tahu apa harus ku lakukan. Hanya airmata yang jatuh buat sekian kalinya. “Aku menjaga dirinya. Aku jaga makan pakainya. Aku dengar katanya. Aku tidak pernah mengongkong kehidupannya. Aku cukup setia. Tetapi akhirnya aku yang di tinggalkan.”
“Ya. Kau memang baik. Kalau tidak, dia tidak akan ingin kau kembali. Dia yang tewas tidak dapat mengawal nafsu. Bersabarlah.”
Aku diam. “Aku tolak Farid. Sedangkan itu yang ku inginkan. Dia kembali padaku. Tetapi bila dia kembali, hilang segala perasaanku. Datang kekuatanku”
“Kau sudah jumpa jawapan dan penutupnya,” kata Amy. Meninggalkanku termangu sendirian.
--------------------------------------------------------------------------
Menangis lagi. Ah! Mahu bengkak mata ini. Sampai bila mahu jadi seperti ini. Mahu gila jadinya.
“Jangan tutup pintu hatimu Tia. Farid bukan seorang saja lelaki di dunia ini,” suara Amy mengejutkan aku dari kealpaanku.
Aku mengangguk. “Aku tahu. Tapi aku ingin berehat dari segala drama ini.”
Amy mengusap kepalaku. “Atia, jangan jadi bodoh. Soal jodoh di tangan tuhan. Jangan kerana Farid kau tidak Nampak apa yang ada di depan mata. Ingat pesanku, jangan sekali menutup hatimu. Terima apa yang datang dengan hati yang terbuka.”
--------------------------------------------------------------------------
Ya! Aku harus cekal. Aku harus tabah. Tibanya kala sedihnya. Perginya kala memerlukannya. Mengetuknya kala tidak menanti ketibaannya. Melambainya kala diri masih lagi terkapai-kapai. Itulah yang terjadi. Itulah detik yang tidak ingin ku lupakan. Tetapi harus ku tutup buku ini. Saat untuk buka buku baru.
“Ku nukilkan kau warkah ini,
kau yang menyakitiku
kau yang dulu menjadi raja di hatiku
kau datang kalaku sepi
kalaku memerlukan teman di sisi
baru ku ingin berlayar bersamamu
baru ingin menghangatkan diri
pergimu membawa hatiku
pergimu menolakku jauh
kau kembalikan hatiku
yang sudah remuk, berdarah
aku suruh kau jaga
tetapi kau cuai
akan ku
tetapi bukan untuk dirimu
untuk insan yang muncul satu hari nanti
akan ku nukilkan namamu
di dalam satu lembaran lama
yang akan ku simpan dan tidak ku buka lagi
kau mengajarku tentang hidup
tentang sakit dan keperitan
tetapi sudah cukup pelajaran itu
sudah tiba masa untukku keluar
keluar daripada kepompong yang kau buat untukku
cerita aku dan kau akan tetap mahfuz”
Labels: Cerita


2 Comments:
no comment,ehe...
frust jua cetanya a2..ehehe
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home