Tuesday, January 27, 2009

warkah : 3

Bukan simpati yang ku inginkan. Bukan tangisan yang ku pinta. Tidak banyak yang ku inginkan. Cukuplah sekadar memahami apa yang tersirat. aku cuma meminta di hargai. susah sangatkah?berat sangatkah permintaanku ini?
--------------------------------------------------------------------------------------

"Leen minta nasihat tadi. tentang masalah percintaannya. Ironi bukan? mereka datang kepadaku meminta tolong, meminta buah pendapat. Apa ada padaku? Aku gagal dalam percintaan. Bukan sekali. Kerap kali, aku tidak pernah berjaya. Aku pun kurang pasti apa kurangnya aku, asyik bernasib malang," luahku kepada Amy.

Amy ketawa kecil. "Kau bukan bernasib malang. Cuma, kau belum jumpa si dia yang sesuai. Si dia yang memahami dan mampu menghargai dirimu," balasnya.

Aku mengeluh. "Sampai bila? Umurku bukan semakin muda. Aku tidak faham dengan kaum Adam. Ku berikan kebebasan, mereka terlebih. Aku tidak pernah menghalang mereka. Aku cuba memahami. Aku jaga makan dan pakai. Apa lagi yang kurangnya? kenapa aku masih tidak di hargai? kenapa masih pandang aku sebelah mata? apa? kerana paras rupa? ya. aku akui aku tidak cantik menawan. Tetapi ini sudah kurniaan Tuhan. tidak ada apa-apa yang dapat aku lakukan untuk mengubahnya!"

Amy menggeleng kepalanya. "Wah! geram sungguh kau ya. Habis, kenapa Adi menginginkan kau, kau tolak dia mentah-mentah."

Aku ketawa. "Aku tidak ada hati dan perasaan untuk lelaki itu. dia hanya teman. 4 tahun aku mengenali dirinya. dia akan kekal menjadi temanku. Entahlah, kalau aku menginginkan seseorang, orang itu tidak akan pandang aku. Tetapi orang yang aku tidak inginkan pula memandang aku. Gila kah aku?"

"Kenapa kau tidak mencuba saja dengan Adi? mana tahu lahir perasaan itu"

"Amy! kau mengarut ya. Tidak. Aku masih belum cukup bersedia. Hatiku ini seringkali di sakiti. Luka lama pun masih belum terubat."

"Itu kerana kau bodoh! Kau tidak memberi peluang untuk lelaki lain mengubati dirimu. Berulang kali aku sudah katakan kepadamu. Cukuplah. Jangan lagi berhubung dengan Farid."

Aku senyum. "Aku tidak dapat buat begitu. Farid temanku."

Amy mendengus kasar. "Teman? dia bekas teman lelakimu! bangun Atia. Inilah kenapa kau masih belum dapat membuka hatimu. Kau masih di bayangi masa silammu. Setiap kali kau berhubung dengan Farid, cerita lama akan menerjah kotak mindamu. Kau dibuai perasaan. Masa untuk kau bangkit dan meneruskan hidupmu. Susah sangatkah? Usah di layan rayuannya. Kalau kini dia boleh meninggalkanmu. Tidak mustahil nanti pun juga. Selagi kau masih berhubung dengannya, kau tidak akan dapat kembali seperti asal. Ada pun yang mengetuk hatimu, kau biarkan. Bayangan Farid masih ada."

Aku terdiam. mungkin ada benar kata-kata Amy. Aku masih belum melepaskan segala-galanya. Aku sepatutnya membuat begitu apabila Farid meninggalkanku. Aku sudah cukup terluka. Kenapa aku masih ingin membiarkan dirinya melukai hatiku? sudah tiba masanya untuk aku melepaskan kenanganku itu. aku harus memandang kedepan dengan lebih optimis. Ya! aku seringkali di sakiti. Tetapi itulah kehidupan.

-------------------------------------------------------------------------------

"Atia. Kenapa macam tidak gembira saja jumpa? Aku gembira jumpa kau. Aku rindu sangat," ujar Farid.

Ingin saja ku peluk tubuh didepanku seperti satu ketika dulu. Tetapi otakku masih waras. Aku hanya tersengih. "kau mahu aku buat apa Farid? terloncat-loncat gembira? aku rasa aku bukan budak-budak lagi."

Farid menghentakkan tangannya ke meja dengan kasar. "Kau kenapa? kalau tidak suka jumpa aku, aku tidak paksa. aku tahu kau masih rindukan aku. jangan tipu diri kau Atia."

"Ya! aku masih rindukan kau. aku tidak menipu. Sudah puas airmataku menitik kerana kau. kau puas? Tetapi itu tidak bermakna aku ingin melihat wajahmu. Wajah yang satu ketika dulu menemani tidurku dalam mimpi indahku, kini hanya muncul dalam mimpi ngeriku. Wajah yang satu ketika dulu ku rindui, kini apabila memandang wajah itu, apa yang ku rasa adalah kesakitan. kau tidak tahu farid. Kau tidak merasakannya!"

"Ewah. aku tidak merasa? aku merasa betapa sakitnya kehilanganmu!"

"Kau tidak akan kehilanganku kalau kau tidak meninggalkanku! Kau tidak merasa bagaimana sakitnya di tinggalkan! kau yang meninggalkanku. aku yang merasa keperitannya!" marahku kembali.

Farid terdiam seketika. "Tidak adakah peluang buatku?"

"Kau sudah meludah Farid. Jangan jilat kembali apa yang kau ludah. Perkataan putus bukan satu mainan. Kalau sekarang sudah kau boleh melafazkannya sukahatimu. Bagaimana kalau sudah berumahtangga. Adakah talak juga satu permainan? Aku cukup terluka. Sudah tiba masanya untuk kita meneruskan kehidupan masing-masing tanpa menoleh kebelakang," aku bangun lantas meninggalkan Farid.

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku dan farid mendambakan satu keluarga. Masih ku ingat bagaimana dia seringkali menginginkan anak kami matanya seperti mataku. Tetapi itu cerita lama. Kami hanya merancang. Tuhan penentu segalanya. Mungkin jodohku ada diluar sana. Kami harus menerima segalanya dengan hati terbuka. Ku capai pen dan kertas.
"Kalau sayang sebagai pengukur
aku akan tetap di sisimu
kalau cinta di jadikan landasan
aku akan kembali kepada dirimu
kalau kasih sebagai penghubung
kau tidak akan hilang dari hatiku
tetapi,
semua itu tidak bermakna
kepercayaan yang ku beri kau khianati
kesetiaanku kau mainkan dengan kecuranganmu
kejujuranku tidak berbaloi apabila kau sentiasa menipu
bila aku mengharapkanmu
kau tolakku jauh
terdengarkah kau tangisku di kala itu?
terasa kah kau keperitan yang ku tanggung?
nampakkah kau darah yang mengalir ini?
kini kau kembali mengharapkan ku
menabur seribu janji
kau mengkhianatiku di kala kau melangkah pergi meninggalkanku
kau ludahku, buat apa kau jilat kembali?
aku bukan yang terbaik buatmu
kerana itu kau pergi
izinkan ku meneruskan kehidupanku
mengharapkan yang terbaik
mengharap secebis penghargaan"

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home